Sunday, 17 May 2015

Part 1

Untuk Part Pertama ini, saya kongsikan panduan sekiranya anda mahu karya dihantar ke syarikat penerbitan. Antara perkara asas yang perlu dilakukan:

1. Taip semula manuskrip bertulisan tangan kedalam bentuk softcopy. Anda boleh gunakan Microsoft Words atau Kingsoft Writer untuk tujuan ini. Taip menggunakan format ini:
    - Font Size: 12
    - Font Face/Type: Times New Roman
    - Line Spacing: Double Spacing

Diingatkan!
WAJIB taip semula manuskrip anda kedalam bentuk softcopy. Jangan malas. Tujuan taip semula kedalam bentuk softcopy ini adalah untuk memudahkan editor membuat kerja2 penyuntingan dan juga wordscount.

2. Pilih syarikat penerbitan mengikut genre manuskrip yang ditulis. Contohnya:

    Untuk genre thriller, urban atau noir - Mungkin FIXI atau Lejen Press
    Untuk tema cinta leleh dan jiwang karat - Karya Seni atau Kaki Novel.
    Tema cinta penuh konflik - Mungkin Alaf21 atau Buku Prima.
    Untuk tema kasih, sayang, patuh, syariah - Galeri Ilmu, PTS atau Jemari Seni.

3. Dapatkan contact number editor syarikat penerbitan tersebut, atau emailnya. Boleh cuba berhubung dengannya, nyatakan hasrat untuk menghantar manuskrip karya.

Ada editor rumah penerbitan akan meminta anda menghantar proposal karya terlebih dahulu. Ada juga yang meminta dihantarkan manuskrip penuh terus. Biasanya akan minta dihantar dalam bentuk softcopy dan ada juga dalam bentuk printing kertas berjilid.

Dan nanti, editor akan membantu dan menerangkan kepada anda langkah serta prosedur seterusnya.

Manakala, jika anda mahu terbitkannya sendiri, akan diterangkan pada Part Kedua nanti.

*Kemaskini: Part Kedua DISINI.

Sumber:
Attokz Dikulgai, salah seorang penulis dalam Antologi Jiwa Kacau dan Fobia - Kumpulan Cerpen.

No comments:

Post a Comment

KKTMR

Our Programs Diploma in Interior Design 3 years Career Opportunities Graduates may pursue careers as a private consultant or corporate ...